Pusat membeli-belah Daerah_Kulai

Terdapat pelbagai pusat beli-belah yang terdapat di dalam daerah tersebut. Antaranya ialah Johor Premium Outlets, IOI Mall, Giant, MYDIN, SuperCowboy, TJ Mart, AEON Kulai dan Pasar Raya Econsave. Johor Premium Outlets merupakan premium outlet yang pertama dibina di Asia Tenggara dan di situ terdapat pelbagai barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Adidas, Nike, Amani dan lain-lain lagi. Pada tahun 2013, telah dibina sebuah taman tema air bertaraf antarabangsa dan sebuah hotel bertaraf 5 bintang di kawasan ini. IOI Mall merupakan pusat beli-belah pertama yang dibina di dalam daerah ini yang terletak di Bandar Putra. AEON Kulai yang terletak di Indahpura telah siap dibina dan dibuka pada 27 November 2013.